Backgrounds

Saturday 14 March 2009

Keutamaan para sahabat Rasulullah s.a.w

Beberapa hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan keutamaan para sahabat:

“Sesungguhnya Allah telah memilih (memuliakan) para sahabatku atas semua jin dan manusia, kecuali para nabi dan rasul. (Hadis Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibnu Hajar dalam al-Isabah, semua perawinya tsiqah)

Muliakanlah para sahabatku, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang terbaik bagi kamu. (Hadis Riwayat oleh al-Baihaqi)


Siapa itu Mu'az Ibn Jabal?
1. Muaz bin Jabal adalah salah seorang sahabat rapat Rasulullah SAW.

2. Nama beliau ialah Muaz bin Jabal bin Amru bin Aws bin Abid bin Kaab bin Amru Al-Ansari Al-Khazraji.

3. Seorang sahabat yang mahir tentang hukum halal dan haram di dalam Islam.

4. Pernah dilantik menjadi qadi di negara Yaman di zaman Rasulullah SAW.

5. Terlibat dalam peperangan Badar ketika berumur 21 tahun dan peperangan yang lain yang melibatkan Rasulullah SAW.

6. Seorang yang kacak dan warak.

7. Banyak menghafaz hadis. Antara yang mengambil hadis dari beliau ialah Umar bin Al-Khattab, Abu Qatadah, Abdur Rahman bin Usamah dan lain-lain.

8. Wafat di Syam ketika berumur 34 tahun sebagaimana menurut riwayat Ibn Hajar.

9. Ibunya bernama Hindun binti Sahl dari suku Rifaah.

10. Masuk Islam ketika berumur 18 tahun

11. Pakar dalam bidang bacaan Al-Quran sehingga Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat baginda yang lain supaya mempelajari Al-Quran dari beliau.

Sila rujuk buku-buku berikut:
1. Hayatus Sahabah - Kehidupan Para Sahabat

2. Kisah Kehidupan Para Sahabat

Thursday 12 March 2009

63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangg

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang'.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan 'pasangan'.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Apa itu stress

Stress adalah satu bentuk tekanan yang boleh membawa kepada kehidupan seseorang secara negatif atau positif (sekiranya dilihat sebagai cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti)

Allah berfirman: “Sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Al-Baqarah ayat 155)

Firman Allah s.w.t: "Sesungguhnya manusia dijadikan bersifat keluh kesah"(Al-Ma'arij ayat 19)

Tanda-tanda & kesan stress


TANDA

KESAN

PERUBAHAN FIZIKAL

1)PENING,SAKIT BELAKANG

2)LESU/LETIH

MASALAH KESIHATAN



PERUBAHAN EMOSI

1)SENSITIF

2)HILANG SABAR/MUDAH MARAH

KEMURUNGAN



PERUBAHAN TINGKAH LAKU

1)KURANG TUMPUAN

2)MAKAN BERLEBIHAN

3)SUKAR TIDUR

BERTINDAK DILUAR KAWALAN




Mari kita baca petikan dari Yang Berbahagia Dr .Danial Zainal Abidin dalam membicarakan persoalan stress.

Kita tidak dapat melarikan diri daripada tekanan atau stress. Allah berfirman: “Sesungguhnya Kami akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Al-Baqarah ayat 155)

Orang yang berjaya ialah mereka yang melihat masalah melalui perspektif yang betul dengan sikap yang betul. Dengan cara demikian ujian bertukar menjadi cabaran, masalah bertukar menjadi peluang, tekanan menjadi rangsangan. Tekanan mempunyai kebaikannya. Sebagai contoh, peperiksaan menyebabkan tekanan, namun ia menyebabkan seseorang membuat persiapan yang rapi untuk menghadapinya. Tekanan yang berbahaya ialah yang tidak dapat dikawal sehingga membuat seseorang mengalami kesugulan, putus harapan, keinginan untuk membunuh diri dan seumpamanya. Tekanan yang seperti ini dikenali sebagai distress atau tekanan yang memudaratkan. Tekanan yang baik kerana melahirkan rangsangan dan tindakan yang positif dikenali sebagai eustress.

Benarlah Dr. Hans Selye yang berkata, masalah dan ujian kebiasaannya tidak menyebabkan tekanan yang melampau ke atas seseorang. Yang menyebabkannya ialah persepsi yang salah atau pemikiran yang negatif, sehingga akhirnya menimbulkan reaksi yang melampau. Sebagai contoh, apabila dua orang dihadapkan dengan tekanan yang sama, reaksi mereka adalah berbeza. Seorang mungkin tidak boleh menerima realiti dan terus berputus asa, lantas tekanan yang dialaminya sangat tinggi. Rakannya pula menganggapnya sebagai lumrah hidup dan menerimanya sebagai cabaran dan kesempatan untuk memperbaiki diri, justeru tekanan yang dialaminya merupakan tekanan yang menguntungkan. Salah satu contoh yang amat baik untuk ditonjolkan ialah seorang lelaki kudung yang dipaparkan oleh TV Malaysia pada malam 16 Januari 1996. Beliau dilahirkan sebagai seorang bayi yang kudung kedua-dua belah tangannya namun beliau tidak menjadikan kecacatannya sebagai alasan untuk kecewa dan berputus asa. Sekarang bayi itu telah dewasa, menjadi seorang doktor perubatan dan telah berkhidmat selama 16 tahun. Namanya ialah Dr. Zhou.

Bagaimana Menangani Stress?

a.. Berwawasan dan Berperancangan.

Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan what atau apa yang saya mahu berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline. Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Zaman pungguk termenung merindukan bulan sudah berlalu. Hari ini ialah zaman ikhtiar dan usaha. Tanpanya pungguk akan mati. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 202, “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti. Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.” Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan sekali gus cara hidup kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan dapat dielakkan.


b.. Berzikir dan Beribadah Yang Khusyuk.

Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah. Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28) Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.” Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.” Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.


c.. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar.

Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup. Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari). Justeru keseimbangan dalam hidup adalah penting.


d.. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan.

Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif. Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani) Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang. Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.


e.. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar.

Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”. Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi)

Yang Benar,

Dr. Danial dari ( link http://www.danialzainalabidin.com/soal-jawab-dr-danial/)

Semoga panduan dan nasihat yang Dr.Danial Zainal Abidin berikan dalam persoalan stress,kita dapat memperbaiki diri untuk meneruskan cabaran dalam kehidupan sebagai hamba Allah....